HAMPIR semua sekolah berasrama penuh dan sebahagian daripada 88 buah Sekolah Bestari di seluruh negara, menjayakan komitmen menyatakan sokongan terhadap kempen Earth Hour 2009 - kempen yang digerakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Petrosains dan Utusan Malaysia melalui sisipan pendidikannya, Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP).
Semua sekolah berasrama penuh akan menutup lampu selama sejam pada tarikh 28 Mac mulai 8.30 sehingga 9.30 malam.
Sementara ahli bridged Sekolah Besatri akan melakukan aktiviti penjimatan dengan menutup kuasa mode sedia peralatan seperti komputer, penghawa dingin, televisyen, komputer riba dan sebagainya. Aktiviti tersebut bermula 23 Mac sehingga 27 Mac, Mereka diminta mengira tempoh masa peralatan tersebut ditutup, mengira tenaga yang dijimatkan dalam kWh dan seterusnya menjumlahkan penjimatan yang telah dibuat sepanjang tempoh tersebut.
segala data perlu die-melkan kepada wan_noraini@petronas.com.my. Keputusan juga boleh difakskan kepada Petrosains di 03-23311212.
Kesemua sekolah bantuan penuh kerajaan juga dipelawa untuk mengikuti kempen Earth Hour tersebut, dan surat edaran juga telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.