Usah berlengah lagi. Calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 siapkan diri anda dengan menghadiri Seminar Fokus Kecemerlangan Peperiksaan Utusan yang bermula 7 Mac ini.
Seminar ini bakal melengkapi diri anda dengan teknik dan kaedah terbaik untuk menduduki peperiksaan oleh guru jurulatih utama yang pakar dalam subjek masing-masing.
Persediaan awal ini penting untuk mengelakkan panik dan kebuntuan ketika menjelang peperiksaan.
Justeru segera daftarkan diri anda menggunakan borang yang tersedia atau dapatkan maklumat lanjut di Portal Pendidikan Utusan di www.tutor.com.my.
Kemudian buat bayaran sebanyak RM135 di Maybank ke akaun 5-1453411104-4 atas nama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Seterusnya fakskan slip pembayaran kepada sekretariat di 03-51910844.
Untuk semakan, maklumkan nama pelajar dan nombor kad pengenalan kepada sekretariat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 012-3797384 atau 012-2452529.
Peserta akan dibekalkan dengan bahan edaran, modul seminar, fail dan alat tulis serta makanan untuk dua hari berkenaan. Bagaimanapun kemudahan pengangkutan dan penginapan tidak disediakan.